Nama “Jaguar” mungkin bukanlah satu nama yang sinonim dengan pesawat-pesawat tempur canggih seperti Sukhoi, Eagle, Tomcat, Rafale atau Raptor di kalangan kebanyakan individu yang meminati pesawat tempur moden.
Ini mungkin kerana sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pesawat-pesawat dari negara Rusia dan Amerika Syarikat dilihat mendominasi pasaran global. Selain itu sejak tahun 2005 konflik-konflik yang melibatkan pesawat udara terkini mungkin tidak lagi menyebut nama pesawat Jaguar dan ia juga telah dikeluarkan dari perkhidmatan dua negara yang sama-sama membangunkan program bagi menghasilkan pesawat tersebut, iaitu Perancis dan Britain. Pada 2005 Perancis telah menghentikan penggunaan kesemua pesawat Jaguar sebagai pesawat tempur utamanya, manakala pada 2007, pihak tentera udara British pula melakukan perkara sama.
Latar belakang program pesawat Jaguar
Program pesawat baru yang dilaksana pihak British dan Perancis yang akhirnya menghasilkan pesawat Jaguar sebenarnya adalah merupakan dua program berasingan untuk memenuhi kehendak pesawat latihan bagi kedua-dua angkatan udara masing-masing. Bagi pihak tentera udara British, mereka mahukan sejenis pesawat latihan moden bagi menggantikan pesawat latihan Folland Gnat T.1 serta Hawker Hunter T.7 yang dianggap telah tidak lagi sesuai. Pesawat baru yang akan menggantikan kedua-dua pesawat latihan tersebut juga perlu memenuhi kehendak tentera udara, agar boleh dijadikan sebagai sebuah pesawat serangan ringan. Firma ynag dipertanggungjawabkan bagi membina pesawat baru ini adalah firma BAC (yang kemudiannya ditukarkan nama sebagai BAE).
Dipihak Perancis pula, mereka turut mempunyai kehendak yang sama, iaitu membina sejenis pesawat latihan moden yang boleh pada masa sama melaksanakan atau memikul tanggungjawab sebagai sebuah pesawat serangan ringan. Program pihak Perancis dikategorikan sebagai ECAT (Ecole de Combat et Appui Tactique) yang bakal menggantikan pesawat Fouga Magister dan Lockheed T-33 sebagai pesawat latihan, manakala bakal menggantikan juga pesawat Dassault Super Mystere B.2 dan republic F-84F serta F-100 dalam tugas-tugas pesawat serangan.
Satu persefahaman telah dicapai oleh kedua-dua pihak, iaitu Britain dan Perancis untuk membangunkan satu program yang mampu memenuhi kehendak kedua-dua negara. Spesifikasi pesawat dipersetujui bersama pada Mac 1964. Ini dikuti pada bulan Oktober tahun yang sama dengan spesifikasi yang lebih terperinci. Bagi pihak British ia dianggap sebagai satu perkembangan yang positif memandangkan persetujuan program bersama ini juga mempunyai implikasi politik serta ekonomi. Ia akan mengeratkan hubungan antara kedua negara disamping memberikan ruang kepada pihak British untuk menerokai Pasaran Serantau Eropah ketika itu. Persefahaman yang dicapai mengenai status klasifikasi akhir pesawat itu walau bagaimanapun bukanlah sesuatu yang benar-benar muktamad. Ini kerana kedua-dua pihak sebenarnya masih teraba-raba mengenai apakah produk akhir pesawat itu nanti akan menjadi sebuah pesawat latihan tulen, atau kemampuan operasi serangannya akan diutamakan. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak pertemuan diadakan antara kedua pihak dan akhirnya dipersetujui bahawa dua jenis pesawat akan dihasilkan. Pesawat pertama adalah pesawat yang akan memenuhi kehendak program ECAT milik Perancis yang akan bertindak sebagai pesawat latihan bagi pihak tentera udara British, selain berkemungkinan juga tentera lautnya. Pesawat sama juga akan berkhidmat di dalam pasukan tentera udara Perancis atau ADA sebagai pesawat latihan dan juga pesawat serangan ringan. Satu lagi jenis pesawat adalah merupakan pesawat yang mempunyai sistem sayap yang boleh diluruskan ke belakang atau “swing wings” bagi kegunaan tentera udara British serta ADA dengan designasi sebagai pesawat khas bagi tujuan serangan dan tempur dengan akronim AFVG (Anglo-French Variable Geometry). Persetujuan untuk membina kedua-dua jenis pesawat ini, iaitu ECAT dan AFVG telah dimeterai dalam satu perjanjian persefahaman pada Mei 1965 dengan pihak tentera udara British akan memperolehi sejumlah 150 buah pesawat versi latihan, manakala bagi pihak Perancis, ADA akan memperolehi 75 versi latihan serta 75 versi serangan ringan. Nama yang diberikan kepada pesawat ini adalah “Jaguar” dengan pesawat bagi pihak British adalah Jaguar B (B akronim kepada Biplace), manakala pesawat untuk pihak Perancis pula adalah Jaguar E (E sebagai Ecole) dan Jaguar A (A bererti Appui)
Pada Mei 1966 firma Breguet Aviation dari Peranvcis dan British Aircraft Corporation (BAC) telah membentuk sebuah firma usahasama bagi membina pesawat Jaguar versi AFVG. Firma usahasama ini dikenali dengan akronimnya, iaitu SEPECAT. Reka bentuk asas Jaguar diambil dari program Breguet Br.121 milik Perancis yang memenuhi spesefikasi pesawat Pakatan NATO dengan hanya satu prototaip sahaja yang berjaya diterbangkan pada penghujung tahun 1950an. Sistem enjin pesawat juga adalah merupakan kerjasama antara dua kilang pengeluar enjin terkemuka dua negara sama iaitu Rolls-Royce dengan enjin RB.172 dan juga Turbomeca menggunakan enjin T-260 Turbolet. Gabungan antara dua enjin yang akan menjana kuasa pendorongan pesawat Br.121 ini dikenali sebagai RT-172 Adour.
Masalah timbul apabila pihak British merasakan bahawa enjin bagi RB-172 ini dianggap tidak mempunyai keupayaan yang baik. Ia hanya boleh memacu pesawat pada jarak yang agak terhad dan beban persenjataan serta sistem lain yang boleh dibawa adalah hanya dalam radious 590 kilometer sahaja. Mereka, melalui firma BAC kemudiannya menukar beberapa spesifikasi pada reka bentuk untuk membolehkan enjin yang lebih besar serta berkuasa tinggi dipasangkan. Kehendak pihak British ini dianggap pelik oleh setengah pihak kerana menurut program asalnya, mereka hanya mahukan sebuah pesawat latihan yang moden. Selain itu pihak Perancis juga sedar bahawa pertukaran di saat-saat akhir akan hanya membawa kepada kelewatan. Apa yang sebenarnya berlaku dipihak British ialah pihak tentera udaranya mengambil kesempatan dengan menggunakan program tersebut sebagai batu loncatan atau jaminan yang akan dapat memberikan mereka sejumlah pesawat serangan yang berkemampuan. Ini kerana beberapa tahun sebelumnya, iaitu pada 1957, Menteri Pertahanan Britain, Duncan Sandys telah menerbitkan sebuah kertas putih berkaitan pertahanan yang menyatakan bahawa era pesawat yang dipandu oleh juruterbang telah berakhir dan kini angkatan tentera udara global memasuki era peluru berpandu. Hasil kenyataan Kertas Putih ini menyaksikan banyak program-program pesawat tempur telah dibatalkan. . .

No comments:
Post a Comment
Setelah Baca Komentarin donk!!!!